Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang
tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang dicita melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA BAB 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa seperti : a. Integrasi Nasional b. Pendemokrasian Pendidikan c. Tonggak Pendidikan UNESCO d. Globalisasi dalam Pendidikan e. Kepelbagaian Budaya f. Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
g. Gejala Sosial
Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara bagaimana untuk menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.
1.2 INTERGRASI NASIONAL Definisi :
Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi untuk berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”
a. Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional
b. Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional c. Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
i. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ii. Konsep 1 Malaysia
1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Definisi : Kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN
Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesiĆ³n serta perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harusdifahami dengan teliti oleh golongan guru demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
GURU DAN PERUNDANGAN
i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ii. Implikasi kepada Profesion iii. Akta Pendidikan 1996 2.1 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002
a. Peraturan 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.
b. Peraturan 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.
c. Peraturan 3C Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. d. Peraturan 4(1): Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. i. Bersubahat dengan musuh negara ii. Membocorkan rahsia Kerajaan. iii. Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan. iv. Menjadi Anggota Jemaah Islamiah v. Menyertai Kesatuan Militan Malaysia
e. Peraturan 4(2): Seseorang pegawai tidak boleh: i. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya ii. berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awamnya iii. berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah iv. seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam
v. seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha f. Peraturan 7: Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49] g. PERATURAN 9 : Tidak boleh menerima/ memberi keraian h. PERATURAN 11 : Tidak boleh Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan yang sah. i. PERATURAN 12 : Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang /Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang. j. PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius k. PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan l. PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya m. PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan i. Jabatan ii. Profesional iii. Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik iv. Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan n. PERATURAN 6 : Pakaian Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti; i. Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar ii. Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Tekanan emosi bukan sahaja wujud dalam kalangan orang dewasa, malah kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi. Kesan tekanan emosi terhadap kanak-kanak lebih hebat berbanding kesan tekanan terhadaporang dewasa, kerana kanak-kanak kurang pengalaman dan kurang kebolehan untuk mengatasi tekanan emosi. Oleh yang demikian, tekanan
emosi dalam kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah tidak boleh dipandang ringan.
3.1 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID i. Gangguan Emosi dalam kalangan murid
ii. Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid
iii. Punca Gangguan emosi
iv. Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK i. Prinsip-prinsip Konvensyen ii. Definisi Kanak-kanakiii. Hak Kanak-kanak
3.3 HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA i. Hak Perkembangan ii. Hak Penyertaan
3.4 USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK i. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468) ii. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308) iii. Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257) iv. Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002) v. Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak vi. Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak vii. Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara