Sunday, 13 September 2015

EDU3093 ( ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN )

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA
BAB 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN
Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran  pendidikan  semasa seperti :

a. Integrasi Nasional

b. Pendemokrasian Pendidikan

c. Tonggak Pendidikan UNESCO

d. Globalisasi dalam Pendidikan

e. Kepelbagaian Budaya

f. Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

g. Gejala Sosial















Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara bagaimana untuk menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.




















1.2  INTERGRASI NASIONAL

Definisi : 
Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama,  perbezaan etnik dan bahasa  serta sudi untuk berkongsi pengalaman, latar belakang,  sejarah dan nilai.”


a.  Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

b.  Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

c.  Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
     i.  Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
      
    ii.  Konsep 1 Malaysia







1.3  PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
   
Definisi :
Kesamarataan peluang  untuk  semua orang  yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber  yang besar,  melibatkan  pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan  dari segi  sosial dan ekonomi,  di samping mengurangkan kos persekolahan  seperti yuran dan kos bahan,  melibatkan pembangunan kurikulum  yang berkaitan dan  kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan  di  peringkat  yang lebih  tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. 




BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN


          Golongan guru hendaklah memastikan martabat  dan profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993  yang telahpun dibuat pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesión serta perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga  harusdifahami  dengan teliti  oleh golongan guru  demi menjayakan matlamat pendidikan negara.


GURU DAN PERUNDANGAN

i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam

ii. Implikasi kepada Profesion

iii. Akta Pendidikan 1996


2.1 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM 
       (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)


        Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002).  Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku  mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan  kepada orang lain.  Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah.  Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)  1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246).  yang mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002

a. Peraturan 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

b. Peraturan 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

c. Peraturan 3C
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.


d. Peraturan 4(1): Seseorang  pegawai hendaklah pada setiap masa  memberikan 
    taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
       i.  Bersubahat dengan musuh negara
      ii.  Membocorkan rahsia Kerajaan.
     iii.  Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
     iv.  Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
      v.   Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

e. Peraturan 4(2):  Seseorang pegawai tidak boleh:
    i.  membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya
   ii.  berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi           bercanggah dengan tugas awamnya
  iii.  berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah
  iv.  seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan                  /mencemar nama baik perkhidmatan awam

   v.  seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha

f.  Peraturan 7:   Menyalahgunakan Dadah,  Perkhidmatan Pegawai boleh ditamatkan Atas           Kepentingan Awam  [Peraturan 49]

g.  PERATURAN 9 : Tidak boleh menerima/ memberi keraian

h.  PERATURAN 11 :   Tidak boleh Menyenggara Taraf Hidup Melebihi                   
     Emolumen/ Pendapatan yang sah.

i.  PERATURAN 12 :   Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang 
     /Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

j.  PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius

k.  PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan

l.  PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya

m. PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Seorang penjawat awam adalah tidak      boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan
   i.  Jabatan
  ii.  Profesional
 iii.  Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
 iv.  Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

n. PERATURAN 6 : Pakaian
    Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
  i.  Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
 ii.  Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain



BAB 3 :  TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


          Tekanan emosi bukan sahaja wujud dalam kalangan orang dewasa, malah kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi. Kesan tekanan emosi terhadap kanak-kanak lebih hebat berbanding kesan tekanan terhadaporang dewasa, kerana kanak-kanak kurang pengalaman dan kurang kebolehan untuk mengatasi tekanan emosi.  Oleh yang demikian, tekanan 
emosi dalam kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah tidak boleh dipandang ringan. 


3.1  TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

  i. Gangguan Emosi dalam kalangan murid

 ii. Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid







































iii. Punca Gangguan emosi 





















iv. Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid








































3.2  HAK ASASI KANAK-KANAK
  
  i.  Prinsip-prinsip Konvensyen
 ii.  Definisi Kanak-kanakiii.  Hak Kanak-kanak



3.3  HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA

   i. Hak Perkembangan
  ii. Hak Penyertaan



3.4  USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK

   i.  Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)
  ii.  Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)
 iii.  Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257) 
 iv.  Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)
  v.  Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak
 vi.  Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak
vii.  Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara






No comments:

Post a Comment